Pelepasan Khir Toyo Secara Parol Ikut Syarat Seperti Banduan Lain - Jabatan Penjara

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 12:05 PM

Dr Khir memeluk salah seorang ahli keluarganya. - foto FB Dr Mohamad Khir Toyo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelepasan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo secara perintah parol pada Selasa adalah melalui syarat, proses serta pertimbangan sama seperti banduan lain, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata, sistem parol mula dilaksanakan oleh Jabatan Penjara pada Julai 2008 dengan tujuan utama agar banduan atau Orang Diparol dapat menjalani pemulihan berterusan di luar penjara bersama komuniti supaya proses asimilasi dan reintegrasi lebih sempurna dapat dicapai.

Tambahnya, semua banduan yang layak dari segi pencapaian pemulihannya, kesalahan dan tempoh pemenjaraan yang telah dilalui seperti ditetapkan Akta Penjara, akan dikemukakan laporan kepada Lembaga Parol untuk pertimbangan lanjut.

"Setelah dipertimbang dan diluluskan, perintah parol beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi Orang DiParol akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

"Pelepasan secara perintah parol bermaksud Orang DiParol masih terikat dengan baki tempoh hukuman yang perlu dijalani serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan ia bukan bermaksud pembebasan sepenuhnya.

"Melalui syarat, proses serta pertimbangan yang sama untuk semua banduan lain, Lembaga Parol telah memberi pelepasan secara Perintah Parol kepada Mohamad Khir Toyo mulai 29 Mac 2016," kata Zulkifli dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menerusi entri Facebook milik Dr Mohamad Khir pada Selasa, bekas menteri besar itu memaklumkan bahawa setelah enam bulan dipenjara, Lembaga Parol telah meluluskan permohonan parol kepada beliau untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.

Zulkifli berkata, seramai 11,897 Orang Diparol telah selesai menjalani pelepasan secara perintah parol sejak 2008 sehingga 30 Mac 2016.

"Manakala jumlah semasa yang sedang menjalani perintah parol pada 30 Mac 2016 adalah seramai 543 orang," katanya.

Dr Mohamad Khir, 50, sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan sabitan dan hukuman 12 bulan penjara terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Dr Mohamad Khir Toyo , parol

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan