Dokumentari Four Corners Berat Sebelah - Wisma Putra

Diterbitkan: Rabu, 30 Mac 2016 11:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wisma Putra melahirkan rasa kesal terhadap  dokumentari berat sebelah oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) "Four Corners" yang menyerang akauntabiliti perdana Menteri dan sistem kerajaan Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar berkata, walaupun banyak kenyataan rasmi kerajaan terhadap dakwaan itu telah dikeluarkan untuk menjelaskan isu tersebut, penjelasan itu nampaknya telah diabaikan dan mengakibatkan pemberitaan yang berat sebelah.

"Sesungguhnya, amat dikesali bahawa laporan dalam dokumentari itu bersifat  berat sebelah dengan menyerang akauntabiliti Perdana Menteri Malaysia dan Sistem Kerajaan Malaysia," kata kenyataan itu.

Mengenai dakwaan terhadap Perdana Menteri Malaysia mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Wisma Putra berkata ia sememangnya penting untuk menarik perhatian bahawa kes itu masih disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan laporan akhir dijangka dibentangkan kepada Parlimen tidak lama lagi.

Mengenai penahanan sementara jurugambar ABC di Kuching, Wisma Putra berkata adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa walaupun polis telah mengeluarkan arahan kepada kedua-dua kakitangan media itu supaya tidak melanggar garisan keselamatan, mereka masih enggan mematuhi arahan tersebut.

Mereka merempuh, melanggar garisan keselamatan dan mengakibatkan kedua-dua mereka ditahan," kata kenyataan itu.

"Justeru, ketika kerajaan mengiktiraf kebebasan bersuara dan kebebasan media, pengamal media dikehendaki bertindak secara profesional dan melaksanakan tugas dengan memikul tanggungjawab sepenuhnya," kata kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan