MH370: Satu Lagi Serpihan Ditemukan Di Afrika Selatan

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 dijumpai di Afrika Selatan pada Isnin, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata serpihan itu sedang diteliti sama ada mempunyai kaitan dengan mana-mana bahagian pesawat jenis Boeing 777 sebelum diambil tindakan selanjutnya.

"Satu lagi serpihan telah dijumpai, kami perlu terlebih dahulu tentukan sama ada ia daripada pesawat Boeing 777.

"Jika ia daripada Boeing 777 kami perlu pertimbangkan untuk bawanya ke  Australia untuk pengesahan lebih lanjut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Teguh Bersama MCA di Wisma MCA di sini, Selasa.

Beliau berkata dua serpihan yang dihantar sebelum ini ke Australia telah dikenal pasti berkemungkinan besar daripada pesawat malang itu.

"Satu lagi serpihan akan dihantar ke Australia dalam minggu ini," katanya.

Sehingga kini sebanyak enam serpihan pesawat ditemukan dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai Jun ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan