Aset Tak Dituntut Sejak Merdeka Berjumlah RM60 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2016 11:30 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seminar tentang pengurusan harta di sini pada Selasa diberitahu bahawa aset beku dan yang tidak dituntut sejak kemerdekaan negara berjumlah RM60 bilion.

Menyatakan demikian Pensyarah Institut Antarabangsa Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Azman Mohd Nor bagaimanapun berkata aset itu tidak boleh 'dicairkan' mahupun dilaburkan tanpa kebenaran pewaris.

"Harta beku ini ada pemilik cuma belum dipindah milik secara sah, maknanya masih ada lagi tuntutan hak ke atas harta itu.

"Malah ia sudah dijamin oleh Allah, anak yang dikandung hatta orang yang tidak waras juga berhak untuk mewarisi harta pesaka berkenaan," katanya pada seminar "Faraid dan Perancang Pewaris: Isu Harta Beku dan Penyelesaiannya di Malaysia". 

Seminar berlangsung di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Justeru, beliau mencadangkan supaya kajian dilaksanakan ke atas mekanisme penyelesaian proses pemilikan harta yang mengambil masa lama.

Dalam pada itu, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang khas yang membolehkan bilangan pemilik tanah dihadkan.

Beliau berkata ini bertujuan mengelak kesan faraid (pembahagian pesaka) dalam pewarisan tanah.

"Misalnya tanah pertanian satu ekar ke bawah tidak boleh dimiliki oleh lebih daripada seorang dan jika lebih, penjualan dan pembahagian mengikut faraid boleh dilakukan apabila waris bersetuju.

"Jika waris tidak bersetuju atau tiada pembeli, tanah itu akan dipindah milik kepada Baitulmal atau satu perbadanan yang ditubuhkan kerajaan Persekutuan atau negeri yang akan membayar mengikut harga pasaran yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah," katanya.

Abdul Hamid berkata cadangan itu tidak menyalahi hukum syarak kerana ia dilakukan oleh pemerintah atas alasan maslahah iaitu memberi kebaikan dan menjamin kepentingan umum.

Beliau berkata mengikut perangkaan Bahagian Surat Kuasa Mati, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2013, bilangan Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi adalah sebanyak 7,982 dan 8,341 di Amanah Raya Berhad serta 42,663 di Pejabat Tanah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: aset beku , pengurusan harta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan