Imigresen Australia: Video Sirul Tidak Dirakam Dalam Tahanan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Australia mendapati tiada bukti jelas bahawa bekas komando polis, Sirul Azhar Umar merakam atau mengedarkan video dari dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood (VIDC), iaitu lokasi dia ditahan.

Perkara itu disahkan jabatan itu menerusi kenyataan pada program 60 Minutes Australia di laman webnya pada Ahad.

Ia berkata, penampilan peribadi Sirul Azhar yang disabitkan dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, pakaian, latar belakang dan ciri-ciri tempat duduk dalam video berkenaan tidak wujud di pusat tersebut.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan pengunjung boleh menyeludup pakaian dan latar belakang untuk membolehkan video itu dirakamkan.

"Aktiviti seperti ini tidak selaras dengan proses pemeriksaan dan peraturan pengawasan untuk lawatan ke pusat itu," kata kenyataan itu.

Sirul Azhar melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati pada tahun 2014.

Australia berkata pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk mengekstradisi Sirul kecuali Malaysia memberi jaminan dia tidak akan berhadapan hukuman.

Dalam video, Sirul Azhar menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantunya.

Tags / Kata Kunci: Sirul Azhar Umar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan