Sistem Pendaftaran Awal Dalam Talian Menjelang 2018 - Ab Aziz

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Semua institut memandu wajib mengguna pakai sistem pendaftaran dalam talian bagi pendaftaran awal mendapatkan lesen memandu menjelang 2018.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata ia bagi mengelak pelajar baharu dikenakan caj berlebihan akibat manipulasi harga semasa pendaftaran.

Menurutnya, ketika ini sebanyak 57 daripada 210 institut memandu berdaftar di seluruh negara sudahpun mengguna pakai sistem secara dalam talian yang diiktiraf pensijilan standard piawaian MS ISO 9000, dan diharapkan lebih banyak institut memandu mengikut langkah itu.

"Tujuan pendaftaran dalam talian ini adalah bagi mengelakkan berlakunya manipulasi harga semasa pra-pendaftaran dan institut memandu juga perlu memuat naik harga yang dikenakan tanpa ada caj tersembunyi.

"Sebelum ini ada aduan diterima yang caj dikenakan melebihi daripada apa yang ditetapkan, contohnya ada yang dikenakan bayaran sehingga RM2,000 sedangkan harga siling bayaran untuk lesen kereta hanya RM1,150 (manual) manakala RM1,250 bagi kereta automatik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pembangunan dan Pemodenan Institusi Memandu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di sini, Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob dan Presiden Majlis Piawaian dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia (Mapim) Datuk Hanafi Mat Zin.

Ab Aziz berkata dengan melaksanakan sistem pendaftaran dalam talian, segala urusan dan pembayaran bagi memiliki lesen akan lebih telus kerana ia direkod.

"Dengan ini pelajar baharu akan mempunyai pilihan memilih mana-mana institut memandu yang mereka suka selain tidak akan tertipu dengan ejen atau orang tengah yang mengenakan caj berlebihan," katanya.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir esok dihadiri kira-kira 100 peserta. 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan