'Jerat Cinta' Demi Cari Ketenangan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 7:55 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cinta pada usia muda dan dorongan untuk bersama teman lelaki adalah punca mengapa remaja perempuan merekodkan hampir tiga perempat kes lari dari rumah pada tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Suriana, James Nayagam berkata golongan remaja perempuan sering dipengaruhi oleh teman lelaki mereka.

"Apa yang sebenarnya berlaku ialah teman lelaki itu menarik mereka ke dalam sindiket penyeludupan manusia dan pelacuran.

"Gadis-gadis ini akan dirogol dan menjadi penagih dadah. Dalam beberapa kes mereka kemudian menjadi pengedar dadah," katanya.

Nayagam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat di Parlimen bahawa hampir tiga perempat daripada 3,937 kanak-kanak berusia antara enam dan 18 tahun dilaporkan hilang antara 2014 dan Januari tahun ini adalah perempuan.

Johor mencatatkan jumlah yang paling tinggi dengan 681 kes, diikuti oleh Selangor (538) dan Kedah (474).

Kebanyakan mereka yang dilaporkan hilang telah dijumpai semula.

Alasan yang diberikan adalah bahawa mereka "mencari kebebasan, tidak berminat dalam pelajaran, gagal untuk mencari kerja, kurang perhatian daripada keluarga atau melarikan diri dengan kekasih mereka".

Nayagam berkata, ramai kanak-kanak perempuan itu mempunyai hubungan yang lemah dengan ibu bapa mereka atau ahli keluarga.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan