Penggantungan MP Kota Melaka: Speaker Dewan Rakyat Belum Terima Surat DAP

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 8:37 PM

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau belum menerima sebarang surat daripada DAP mengenai status penggantungan anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him daripada parti itu.

Sebaliknya, beliau hanya menerima surat daripada Sim sendiri yang mengatakan beliau telah digantung keanggotaan oleh DAP, katanya.

"Setakat ini, saya tidak menerima sebarang surat daripada parti. Saya cuma menerima surat daripada MP Kota Melaka. Saya tidak boleh ambil tindakan ke atas surat daripada anggota Parlimen Kota Melaka kecuali saya turut menerima surat daripada parti (DAP)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan Sim pada persidangan dewan setelah DAP menggantung keanggotaannya pada Februari lalu.

Pada 6 Februari, DAP menggantung keanggotaan anggota Parlimen Kota Melaka itu selama setahun dan Setiausaha Jawatankuasa Tatatertib DAP Tai Xing Piao berkata penggantungan itu dibuat kerana Sim sering kali membuat kenyataan yang merosakkan reputasi parti.

Sementara itu, Sim berkata beliau sendiri masih keliru dan tidak pasti kedudukannya sama ada menjadi anggota Parlimen Bebas atau mewakili DAP dalam Dewan Rakyat.

"Saya akur dengan keputusan parti dan saya tak diberitahu adakah kedudukan saya sebagai anggota Parlimen DAP masih kekal. Apa maknanya gantung keahlian?," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan