Nasib Muhyiddin, Mukhriz Ditentukan Mesyuarat MT Umno Akan Datang - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membuat keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada mesyuaratnya akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan tindakan Timbalan Presiden yang digantung dan bekas Menteri Besar Kedah itu menyertai 'Kongres Selamatkan Malaysia' pada Ahad.

Kedua-dua mereka adalah antara 18 penceramah yang berucap dalam kongres itu bagi menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita akan bincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang," kata Zahid.

Pada Sabtu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu akan mengambil tindakan tatatertib termasuk melucutkan keahlian mana-mana anggotanya yang menghadiri perhimpunan itu pada Ahad.

Gerakan Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohammad menggesa supaya Najib meletak jawatan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan