Kadar Miskin Tegar Malaysia Susut Kepada 0.28 Peratus - Bank Dunia

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 9:11 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Paras kemiskinan Malaysia mencatat peningkatan ketara dengan tahap miskin tegar berkurangan kepada 0.28 peratus berbanding kedudukan sebagai antara yang tertinggi di dunia kira-kira empat dekad lalu, kata Bank Dunia.

Ketua Pakar Ekonomi yang juga Naib Presiden Kanan Bank Dunia, Kaushik Basu, menyifatkan perkembangan itu jauh lebih baik berbanding negara-negara tertentu seperti Nigeria yang mana tahap kemiskinan tegarnya melonjak kepada 53.5 peratus daripada 46 peratus bagi tempoh sama.

"Kira-kira separuh jumlah penduduk (Malaysia) adalah di bawah paras US$1.90 (pada 1980-an) sehari. Hari ini, paras kemiskinan itu merosot kepada 0.28 peratus.

"Ini jelas menunjukkan bahawa peningkatan secara dramatik sudah berlaku," katanya pada majlis pembukaan pejabat Kumpulan Bank Dunia di sini, Isnin.

Hadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Kaushik, antara sasaran ditetapkan oleh Bank Dunia adalah supaya paras miskin tegar global dapat dikurangkan kepada tiga peratus menjelang tahun 2030.

"Pada masa ini, kadar kemiskinan global adalah sebanyak 12.7 peratus yang agak mendukacitakan, namun ia tidaklah seteruk mana jika dibanding keadaan pada asalnya," katanya.

Beliau turut memuji kejayaan Malaysia yang sebelum ini menjadi negara bergantung kepada segelintir hasil komoditi kepada ekonomi moden yang pelbagai.

"Ketika banyak negara terjejas teruk akibat kejatuhan harga komoditi global, Malaysia sebaliknya terbukti dapat mengelaknya selepas dapat melakukan transformasi daripada sebuah negara miskin, pengeksport komoditi kepada negara moden dengan ekonomi yang pelbagai," katanya.

Kaushik turut menyarankan negara-negara untuk belajar mempelbagai, mengeluarkan beberapa sumber ekonomi yang berbeza dalam jangka panjang serta berdagang dengan dunia.

"Pelaburan dalam modal insan juga harus dilakukan kerana itulah penggerak utama pertumbuhan negara bagi jangka panjang," katanya.

Tags / Kata Kunci: miskin tegar , Bank Dunia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan