Harga Ladang Mempelam Harumanis Dijangka Tidak Kurang RM25 Sekilogram

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 6:39 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ARAU: Harga ladang bagi mempelam harumanis musim 2016 bermula April ini dijangka mencecah tidak kurang daripada RM25 sekilogram berbanding antara RM18 hingga RM23 sekilogram mengikut gred tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Jusoh berkata kenaikan itu ekoran kemerosotan pengeluaran akibat fenomena El Nino yang melanda negara sejak Disember tahun lepas.

Beliau berkata selain itu, ia juga sejajar dengan kos upah membalut buah, penjagaan dan mendapatkan air untuk menyiram pokok pada musim kemarau.

Katanya musim panas tidak menjejaskan pokok harumanis yang mengeluarkan bunga tetapi hujan dalam bulan Januari lepas telah menyebabkan bunga atau putik tumbuhan itu luruh.

"Oleh sebab itu kita menjangka harga tahun ini lebih tinggi selain berat buah setelah diperam susut 15 hingga 20 peratus. Jadi, peniaga terpaksa menjual lebih tinggi bagi menampung kerugian mereka," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran kempen peningkatan hasil padi dan penggunaan benih padi sah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali di sini Isnin.

Zulkepli Amin berkata kesan hujan pada Januari lepas menimpa lebih 50 peratus pokok harumanis yang sedang berbunga termasuk ladang di Bukit Bintang dan Bukit Air milik Jabatan Pertanian Perlis.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pernah berlaku pada 1978 dan 1997 mengakibatkan pengeluaran terjejas teruk.

Pengeluaran musim ini dijangka sebanyak 1,600 tan metrik sahaja berbanding lebih 3,000 tan metrik bernilai lebih RM60 juta tahun lepas, tambahnya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan