Fenomena Kenaikan Aras Laut Menjelang 2100 Bukan Spekulasi

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fenomena peningkatan aras laut di beberapa pesisir pantai Malaysia sehingga berkemungkinan menenggelamkan beberapa kawasan sekitarnya bukan spekulasi sebaliknya adalah unjuran hasil kajian antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kajian saintifik antarabangsa yang dibuat pada tahun 2010 itu mendapati beberapa kawasan pesisir pantai Semenanjung Malaysia akan mengalami kenaikan aras laut menjelang tahun 2100.

"Bagaimanapun kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) menunjukkan bahawa peningkatan aras laut di bandar-bandar utama pesisir pantai Malaysia pada tahun 2020 tidak begitu ketara," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ikmal Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang mahu kementerian menjelaskan spekulasi bahawa beberapa kawasan di sepanjang pantai Malaysia akan tenggelam disebabkan kenaikan paras laut menjelang tahun 2020 dan persediaan kementerian sekiranya kajian tersebut benar.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata mengikut kajian antarabangsa itu, kenaikan paras laut tertinggi di Semenanjung dijangka berlaku di pantai Kedah iaitu 0.52 meter, Kelantan (0.47 meter) manakala di Sarawak ialah di Pantai Miri (0.59 meter) dan di Sabah ialah di pantai Tawau (1.06 meter).

Sehubungan itu, katanya kementerian mengambil pelbagai langkah bagi mendepani cabaran berkenaan antaranya dengan menyediakan perlindungan kawasan pantai melalui langkah struktur dengan membina benteng hakisan dan tembok  penahan ombak.

"Langkah tanpa struktur pula adalah seperti tanaman semula bakau, penambakan pasir pantai, memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju berkaitan dan anjakan pembangunan masa depan menjauhi garis pantai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan