#APO2016: Tauke Burger Bakar Berkempen Dari Meja Ke Meja

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 11:00 AM

Nita (tengah) bersama pelanggannya yang membuat pencalonan untuk melayakkan dirinya ke peringkat lima teratas

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya berbaki tiga hari lagi untuk mengakhiri pencalonan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016), usahawan muda ini masih terus 'berkempen' untuk melayakkan dirinya sebagai lima teratas.

Menyedari barisan calon awal yang kebanyakannya adalah selebriti terkenal tanah air dan mempunyai kelab peminat sendiri, Nini Haznita Muhammad, 29, perlu berusaha lebih keras.

Pengasas Burger Bakar Kaw Kaw ini merupakan calon awal bagi kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online APO2016.

Lebih dikenali sebagai Nita, beliau menggunakan strategi dengan mempromosikan dirinya sebagai calon kepada para pelanggan yang berkunjung ke restorannya.

"Saya tidak begitu dikenali jika dibandingkan dengan selebriti-selebriti terkenal yang turut dicalonkan dalam kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online. Jadi, saya perlu tampil memperkenalkan diri saya kepada pelanggan.

"Sama ada saya atau pekerja saya akan melakukan promosi dari meja ke meja pelanggan atau di kaunter bayaran, dan menjelaskan sambil menunjukkan risalah bagi membolehkan mereka mencalonkan saya," katanya kepada mStar Online.

Salah seorang pelanggan membuat pencalonan berdasarkan risalah yang diedarkan dari meja ke meja.

Pada masa sama, Nita turut berkempen menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi meraih sokongan kenalan dan orang ramai untuk membantu mencalonkan dirinya ke peringkat lima teratas.

Menurut Nita, beliau pada awalnya amat terkejut kerana dicalonkan bersama ramai selebriti seperti pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal tanah air.

Bagaimanapun beliau terharu dengan pencalonan itu kerana turut diberikan peluang untuk menunjukkan beliau sebagai usahawan burger bakar yang bermula dari gerai di tepi jalan, dan kini mempunyai premis di pusat membeli-belah malah mengembangkan sayap ke Singapura.

Nita berkata, beliau berharap untuk meraih sokongan dari segi pencalonan orang ramai dalam menyokong perjuangannya sebagai usahawan muda Melayu.

"Prinsip saya ialah mencuba sehabis baik. Biar saya gagal kerana mencuba berbanding kegagalan disebabkan tidak mencuba atau berputus asa.

"Jika terpilih sebagai Top 5, Alhamdulillah tetapi jika tidak berjaya, saya reda kerana sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk bersaing dengan nama-nama besar yang pengikutnya yang berkali ganda ramai. Yang penting adalah saya berusaha dan mencuba," ujar Nita.

Nita menunjukkan risalah kempen sebagai pengenalan diri dan cara-cara untuk membuat pencalonan.

APO2016 ketika ini masih melalui peringkat pencalonan awal yang perlu dibuat sehingga 30 Mac menerusi laman web http://apo.mstar.com.my/utama.aspx

Acara ini dijayakan dengan kerjasama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan