Bahang PRN Sarawak Makin Panas

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 9:38 AM

Adenan bersalaman dengan penyokong dan pengundi dari kalangan ahli-ahli Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Laman Pakan pada Ahad. Turut hadir Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Tan Sri William Mawan merangkap Presiden Teras. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Suasana politik di Sarawak semakin panas apabila tarikh pilihan raya negeri (PRN) dikatakan akan diumumkan pada bila-bila.

Bagi Barisan Nasional (BN), pengagihan kerusi dan pemilihan calon masih belum selesai.

Pada Jumaat lalu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar harian berhubung laporan bahawa parti itu bersedia untuk berkompromi berhubung pembahagian kerusi dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Akhbar itu bagaimanapun mempertahankan laporannya.

Presiden SUPP, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian juga berkata bahawa pendiriannya untuk menyaman akhbar tersebut tidak berubah.

Beliau berkata pegawai partinya telah bertemu Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebelum mesyuarat jawatankuasa kerja pusat pada Khamis lalu, tetapi beliau enggan mendedahkan butirannya.

Sepanjang minggu lepas, Adenan telah mengumumkan nama-nama calon BN.

Beliau mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua kerusi di Sibu akan diberikan kepada UPP dan di Miri.

Katanya SUPP akan bertanding di sebahagian besar kerusi bandar.

Fokus sekarang telah beralih kepada kerusi di Kuching.

Dr Sim dipetik sebagai berkata bahawa SUPP telah memperolehi kerusi baharu iaitu Batang Kitang.

Sementara itu UPP masih mendesak untuk mendapatkan kerusi Batu Kawa.

Tags / Kata Kunci: PRN Sarawak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan