Tiada Pembaharuan Institusi Dalam Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' - Anwar - Berita Semasa | mStar

Tiada Pembaharuan Institusi Dalam Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' - Anwar

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2016 4:58 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' gagal untuk menangani pembaharuan institusi bagi menolak perubahan kepimpinan persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, bekas pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat berkata masa depan Malaysia hendaklah ditentukan oleh rakyat, bukannya oleh golongan 'elit' di negara ini.

Anwar sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap pergerakan itu yang telah diketuai oleh bekas musuhnya yang juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta pemimpin kedua-dua parti politik dan masyarakat sivil.

"Golongan elit tidak boleh terlibat dalam permainan untuk cuba menentukan perjalanan atau masa depan negara. Ia mestilah dibuat dengan pilihan rakyat, pilihan demokratik," kata Anwar kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi, Isnin.

"Oleh itu, ia mesti berbalik kepada demokrasi dan tadbir urus institusi, yang seolah-olah masih kurang walaupun dalam deklarasi itu, isu kebebasan, perubahan badan kehakiman, kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keperluan untuk mempunyai pembaharuan institusi.

"Bukan sahaja perubahan personaliti," katanya.

Pada Ahad, pergerakan itu mengadakan kongres pertama di Shah Alam dengan dihadiri Dr Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ketua Parti Amanah Negara Mohamad Sabu.

Walaupun ideologi politik mereka, mereka berkata, pergerakan itu telah menyatukan mereka dalam menyeru peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibelenggu dakwaan rasuah.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan