PTPTN Masih Mampu Beri Pinjaman Kepada Pelajar

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 11:03 PM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih mampu memberikan pinjaman kepada pelajar biarpun ekonomi dan nilai mata wang negara tidak menentu berikutan faktor ekonomi dunia.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kebajikan pelajar tetap diutamakan dengan memberikan peluang kepada 200,000 golongan itu yang layak berasaskan syarat tertentu mendapat pinjaman daripada PTPTN tahun ini.

"PTPTN masih mampu membiayai kebajikan penuntut seperti yang dijanjikan, malah jangan percaya dengan dakyah menerusi laman sosial yang memperlekeh segala usaha yang dilaksanakan PTPTN.

"Ini agar tidak mengganggu pembelajaran mereka di universiti dan pusat pengajian tinggi yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kelompok Cawangan Umno Bahagian Jerantut di sini, Ahad.

Shamsul Anuar berkata sebanyak RM5.6 bilion dana disediakan tahun ini bagi memberi pinjaman kepada pelajar baharu yang telah ditawarkan belajar di semester yang bermula baru-baru ini termasuk diberikan kepada peminjam sedia ada.

Dalam pada itu, beliau berkata 662,983 peminjam masih gagal membuat bayaran balik melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Disember lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya memberi jaminan kepada ibu bapa berpendapatan rendah bahawa dana tabung PTPTN tidak terjejas malah peruntukkan daripada suntikan kerajaan sebanyak RM5.6 bilion itu mencukupi bagi pembiayaan peminjam berkenaan.

"Ibu bapa jangan risau... PTPTN berusaha mengesan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman selain mengemukakan kaedah pembayaran yang relevan dan segala usaha dibuat berjaya memberi kesedaran mereka yang masih berhutang untuk melunaskan pinjaman," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PTPTN , Shamsul Anuar Nasarah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan