Peruntukan RM50 Juta Bina Jalan Raya Nanga Ngungun-Nanga Jagau - PM

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 4:30 PM

Najib beramah mesra dengan penduduk setempat ketika melakukan tinjauan mesra di Taman Muhibbah, sempena lawatan rasmi ke Sibu dan Kapit pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANOWIT: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Ahad meluluskan peruntukan RM50 juta bagi pembinaan jalan raya dari Nanga Ngungun ke Nanga Jagau sepanjang 22 kilometer.

Beliau mengumumkan demikian semasa membuat tinjauan mesra ke Rumah Taboh di Skim Penempatan Semula Rascom di Nanga Ngungun di sini.

"Kerajaan amat komited di dalam menyediakan pembangunan untuk rakyat khas sekali di luar bandar.

"Kedatangan saya ke sini hari ini adalah untuk melihat apa yang kita boleh lakukan sebagai kerajaan," katanya.

Sebagai Perdana Menteri, katanya beliau berazam memajukan kawasan-kawasan yang masih mundur di negara ini dan mahu rakyat tahu yang  kerajaan prihatin dengan keadaan mereka.

Najib juga meminta penduduk skim penempatan itu supaya tidak mendengar hasutan pembangkang, yang hanya tahu memainkan sesetengah isu dan menyemai kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.

"Dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah berbentuk inklusif dan hanya kerajaan mampu mengubah nasib penduduk di luar bandar," jelas beliau.

Pembinaan jalan raya itu kelak membolehkan penduduk dari Ulu Ngemah yang dipindahkan ke Skim Penempatan Semula Rascom di Nanga Ngungun kembali ke kampung asal mereka untuk mengerjakan tanah-tanah yang telah ditinggalkan.

Jalan raya itu juga akan membawa pembangunan kepada kira-kira 5,000 penduduk Skim Penempatan Semula Rascom di Nanga Ngungun dan Nanga Jagau.

Penubuhan Rascom atau Rajang Area Security Command dilaksanakan oleh Tun Razak pada 25 Mac 1972 untuk memerangi pengganas komunis.

Kawasan-kawasan penempatan semula yang ditubuhkan melibatkan Nanga Sekuau, Nanga Ngungun dan Nanga Jagau, di samping di kawasan lebih kecil iaitu Nanga Dap dan Rantau Panjai.

Penghuni rumah panjang yang terletak di kawasan pedalaman dikumpulkan dan dipindahkan ke penempatan baharu yang dilengkapi pos keselamatan, rumah panjang baru, klinik kesihatan dan sekolah.

Program Rascom yang dihentikan secara rasminya pada 9 November 1994, bagaimanapun tidak memberi peluang pembangunan ekonomi kepada penduduk yang dipindahkan itu kerana tiada tanah untuk bertani.

Sebelum ini, mereka merayu kerajaan supaya menyediakan jalan perhubungan bagi membolehkan mereka berulang-alik ke kampung asal mereka dari Nanga Ngungun, yang mengambil masa tujuh hingga 12 jam menggunakan perahu. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: peruntukan , jalan raya , Sarawak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan