Perhimpunan Tertutup Satu Onar, Ahli Umno Dilarang Hadir

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 1:08 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Umno dilarang menyertai perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam petang ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata perhimpunan itu lebih merupakan satu 'onar' untuk meruntuhkan sesebuah institusi demi mencapai matlamat peribadi individu tertentu.

"Kita tak benarkan anggota Umno untuk pergi ke program ini sebab saya ingat ia onar, iaitu oleh kerana dia tak capai sesuatu, dia nak runtuhkan sesuatu institusi untuk capai matlamat orang tertentu.

"Sekarang mereka cakap program itu bukan untuk (runtuhkan) UMNO ... tetapi mereka mungkin lupa selama 70 tahun ini siapa yang mentadbir negara ... bukankah Perikatan dan Barisan Nasional dan tulang belakangnya adalah Umno," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sukan Umno peringkat Putrajaya di sini hari ini, antara lain menampilkan acara bola sepak, futsal, bola tampar, bola jaring, dam dan tarik tali.

Ditanya bentuk tindakan terhadap anggota Umno yang menghadiri perhimpunan itu, Tengku Adnan berkata perkara itu akan diteliti tetapi sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi Umno sedia melepaskan mereka yang tidak lagi berminat untuk terus bersama parti dan kepimpinan sedia ada.

"Kita tak suka ada dalam parti ini 'anai-anai, gunting dalam lipatan' ...
kalau dah tak setuju, buka parti lain, keluar daripada Umnolah, dan kita tahu bagaimana nak jaga Umno," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata Karnival Sukan Umno yang telah dan akan dilaksanakan di semua bahagian Umno seluruh negara bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan anggota parti di peringkat akar umbi.

Beliau berkata sebagai sebuah parti politik, pihaknya sedar kewujudan sebilangan anggota yang tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan ketua bahagian, ketua cawangan dan parti sendiri dan ia perlu ditangani segera.

"Kita harap program seperti Karnival Sukan ini mampu menjadi landasan dalam mengeratkan hubungan antara anggota parti selain dijadikan platform menepis persepsi negatif yang dikaitkan dengan Umno kebelakangan ini, katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan