Lim Perlu Atasi Isu Banglo, Bukan Alihkan Perhatian Rakyat: Khairy

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 9:01 PM

Khairy mewakili pasukan Pemuda Umno Pusat merembat bola semasa bertemu dengan pasukan Umno Permatang Pauh selepas merasmikan Liga Bola Sepak Pemuda Permatang Pauh di SMK Guar Perahu pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Ketua Menteri Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, George Town sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata sebagai pemimpin, Lim tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

"Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta.

"Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, Ahad.

Jumaat lepas, Pengerusi DAP negeri Chow Koon Yeow berkata pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Khairy berkata pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu.

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosuder Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan.

"Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosuder yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan," katanya.

Di GEORGE TOWN, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pemimpin DAP Pulau Pinang perlu bersikap 'gentleman' dan menjawab semua persoalan berkaitan isu itu dan berhenti menyalahkan pihak lain.

"Apabila timbul dakwaan pembelian banglo Lim di Jalan Pinhorn di sini, Umno dan Barisan Nasional (BN) pula dipersalahkan. Adakah isu beli banglo dengan harga di bawah harga pasaran pun nak salahkan Umno?

"Mereka (DAP) diasak dengan isu besar, ia diharap dapat memberi kesedaran bila pemimpin mereka dicerca, dituduh dan dikritik, harap DAP jawab isu ini dengan baik berlandaskan fakta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri pada Ahad.

Mengenai isu tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, yang dijual kepada pihak swasta, beliau berkata jika kerajaan negeri tidak mampu menyediakan rumah untuk rakyat miskin yang memerlukan, kerajaan persekutuan sentiasa bersedia membinanya.

Beliau berkata agensi kerajaan persekutuan seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn Bhd (JKP) telah lama bersedia untuk memulakan projek perumahan untuk rakyat, cuma menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan negeri sahaja. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , banglo

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan