'Industri Kewangan Bakal Terjejas'

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 11:08 AM

Datuk Seri Nazir Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Industri kewangan berdepan 'ribut' disebabkan  pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan ditambah pula dengan beberapa negara yang terperangkap dalam kemelut  hutang yang tinggi, kata Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak.

"Dunia mempunyai kadar hutang yang tinggi dan sedikit masa serta sedikit kesakitan perlu dilalui.

"Untuk pulih ia akan mengambil masa beberapa tahun dan dalam tempoh itu, yang berjaya adalah ekonomi yang melalui pembaharuan struktur," katanya.


"Malaysia sedikit di belakang, sibuk dengan terlalu banyak perkara lain.

"Kita sebenarnya memerlukan kepimpinan yang kuat untuk melakukan pembaharuan penting bagi meningkatkan produktiviti dan melakukan banyak perkara lain.

"Jika anda melihat Malaysia pada hari ini, kita boleh duduk di sini sehingga dua hari akan datang untuk menyenaraikan perkara-perkara yang boleh diperbaiki dan perkara-perkara yang perlu dilakukan dari segi jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang dan yang paling perlu ditekankan, pendidikan," katanya.

Mengenai industri perbankan, Nazir yang merupakan seorang pegawai bank berpengalaman berkata salah satu daripada sebab mengapa margin bank-bank mengalami tekanan adalah kerana kemajuan teknologi kewangan (FinTech), yang menghubungkan pemberi pinjaman dengan peminjam pada kos yang lebih rendah.

"FinTech mengganggu perbankan. Teknologi telah mengganggu media, teksi dan segala macam perniagaan jadi mereka perlu datang kepada perbankan dan bank-bank perlu bertindak balas kepada cabaran ini," katanya pada ceramah Star Power Talks: Business Series di Menara Star di sini, Sabtu.

Nazir berkata Silicon Valley telah mengenal pasti perbankan sebagai industri yang 'terlalu ranum' untuk mengalami gangguan dan 'orang ramai akan menyaksikan serangan dari segi sistem pembayaran dan semua bahagian perbankan yang boleh diserang'.

Beliau mengaitkan situasi ini dengan Uber dan bagaimana pemandu teksi mengadu mengenai aplikasi tersebut tetapi pengguna telah bercakap sebaliknya.

"Tindakan kamu bukan dengan mengadu tentang Uber tetapi untuk meniru Uber.

"Sekarang anda telah mempunyai rangkaian teksi dan apabila anda mempunyai teknologi yang sama seperti Uber, anda perlu mengalahkan mereka," katanya.

Nazir juga menasihatkan mereka yang baharu bergelar graduan untuk memilih kerjaya yang betul berdasarkan masa depan.

Beliau juga memberitahu mereka supaya bekerja keras apabila mempunyai kerjaya sendiri dan sentiasa berusaha dengan memikirkan bahawa tidak ada jalan pintas untuk berjaya melainkan dengan kerja keras.

Nazir, 50, telah berkhidmat dengan CIMB selama 25 tahun; 15 tahun sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan. Sejak 2014, beliau telah dilantik sebagai pengerusi kumpulan itu.

Beliau menyertai firma itu pada tahun 1989, yang ketika itu dikenali sebagai Commerce International Merchant Bank sebagai eksekutif penasihat korporat.

Pada 1993 beliau menjadi Pengarah Eksekutif CIMB Securities sebelum dilantik sebagai timbalan CEO pada 1996 dan CEO pada 1999.

"Saya sebenarnya telah ditolak sebanyak dua kali dan saya terpaksa merayu meminta mereka untuk mengambil saya kerana CIMB tidak pernah mengambil seorang graduan baharu. Saya adalah yang pertama.

"Saya menyertai CIMB kerana semasa temuduga dulu, saya merasakan bahawa ini adalah sebuah organisasi yang boleh dikembangkan. Ia kecil tetapi ia mempunyai banyak tenaga," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan