Banyak Syarikat Tawar Cuti Bersalin Lebih Panjang

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 12:09 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebanyakan syarikat di Malaysia biasanya menyediakan 60 hari cuti bersalin berbayar kepada pekerja wanitanya, tetapi beberapa syarikat kini menyediakan tawaran cuti lebih panjang.

Syarikat telekomunikasi Digi, yang merupakan sebahagian daripada syarikat Telenor Group yang berpangkalan di Norway, mengumumkan bahawa ia telah menerima pakai enam bulan cuti bersalin berbayar.

Berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, Digi mengumumkan bahawa mereka menawarkan enam bulan cuti bersalin berbayar dalam usahanya menjadi sebuah tempat kerja terkemuka untuk keluarga.

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telenor Group Sigve Brekke berkata keputusan itu dibuat bagi mengukuhkan daya saing syarikat dengan menarik bakat terbaik.

"Kita tahu bahawa tenaga kerja yang pelbagai akan mendorong inovasi dan prestasi yang lebih baik," kata Brekke.

Katanya dengan memulakan minimum enam bulan cuti bersalin berbayar itu, beliau berharap untuk 'menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat kepimpinan wanita'.

"Kami menganggapnya sebagai satu langkah yang sangat strategik, baik dari segi sosial dan perspektif perniagaan," kata Brekke.

Celcom Malaysia juga baru-baru ini mengubah cuti bersalin berbayar mereka kepada 75 hari dengan pilihan untuk memilih cuti tanpa gaji sehingga enam bulan.

Nestlé telah melancarkan satu dasar perlindungan peringkat global untuk pekerjanya di seluruh dunia, yang kini menawarkan pekerja wanita sekurang-kurangnya 14 minggu (98 hari) cuti bersalin berbayar dengan hak untuk menyambung cuti mereka sehingga enam bulan.

IBM Malaysia pula menyediakan cuti bersalin selama 90 hari.

Petronas menawarkan bulan ketiga cuti bersalin dengan separuh gaji.

Manakala Shell Malaysia menawarkan cuti separuh gaji untuk kakitangan yang berminat menyambung cuti mereka selepas 60 hari.
Tags / Kata Kunci: cuti bersalin , cuti separuh gaji

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan