Azmin Tegur Adun Pelabuhan Klang Kurang Bangunkan Kawasan

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 9:21 AM

Abdul Khalid Ibrahim.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Sabtu ditegur kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik hingga kawasan tersebut kurang membangun.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan yang diterajui bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang telah dipecat dan kini menjadi Adun Bebas, juga sering dibelenggu masalah kebersihan dan keselamatan.

"Disebabkan kegagalan wakil rakyat berkenaan, ramai rakyat yang kejar anggota Parlimen untuk memohon bantuan, malah ada juga yang pergi sehingga ke Shah Alam berjumpa dengan Adun lain.

"Oleh itu, kita melantik seorang penyelaras Dun Pelabuhan Klang untuk menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya," kata Mohamed Azmin kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Dun Pelabuhan Klang di sini.

Menurutnya, pelantikan Azmizam Zaman Huri sebagai penyelaras Dun Pelabuhan Klang adalah langkah penting bagi mengisi keperluan rakyat untuk pembangunan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Azmin turut memberi jaminan kepada seluruh pengundi kawasan berkenaan bahawa tahap kebersihan dan keselamatan akan menjadi keutamaan kerajaan negeri selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan terbabit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan