Akta Kawal Dana Politik Sedang Diteliti - Johari Ghani

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 1:02 PM

Datuk Johari Abdul Ghani

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Penggubalan akta atau undang-undang bagi mengawal sumbangan atau dana politik terhadap parti politik atau individu sedang diteliti sebuah panel, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata panel berkenaan kini meneliti akta atau undang-undang berkaitan sebelum memutuskan bagaimana ia perlu dilaksanakan kelak.

"Panel tengah bincangkan undang-undang baharu yang boleh dipakai, kita sedang menanti keputusan itu. Senang nanti jika ada undang-undang baharu itu," katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan menghentikan penerimaan dana politik dari luar negara.

Johari berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini Ahad.

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata satu mekanisme diperlukan bagi memastikan parti politik mendapat dana dari saluran yang betul.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti politik patut berhenti menerima dana politik dari luar negara.

Dalam perkembangan lain, Johari menyifatkan kenaikan 4.2 peratus Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2016 merupakan kesan serta-merta daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tahun lalu.

"Sesetengah para peniaga telah meningkatkan harga terutamanya barang bukan kawalan serta belum membiasakan dengan GST ... saya yakin apabila GST menjadi sebahagian daripada sistem GST, maka harga barang-barang akan turun secara automatik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan