1MDB Umum Bayar Hutang Lain Dua-Tiga Minggu Lagi - Arul Kanda

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2016 9:11 AM

Arul Kanda Kandasamy

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mengumumkan pembayaran hutangnya yang lain dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata ketika ini, syarikat tersebut berada dalam fasa pembayaran hutang dan tidak akan membuat hutang baharu.

"Pada pagi ini, kami membuat pengumumam bahawa 1MDB telah menyelesaikan secara penuh satu hutang berjumlah RM700 juta," katanya dalam rancangan temubual televisyen, 'Business Plus' di saluran Astro Awani, Sabtu.

Sementara itu, Arul Kanda turut menafikan penglibatan Jho Low, individu yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB, dalam apa-apa aktiviti syarikat.

"Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low telah dilantik sebagai penasihat kepada TIA," katanya.

Bagaimanapun, Arul berkata Jho Low telah meletak jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

"Jadi Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , hutang 1MDB , Arul Kanda

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan