Polis Pantau Himpunan Tertutup Dihadiri Pemimpin Pembangkang, Tun M - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 6:39 PM

zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan memantau perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Shah Alam pada Ahad.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turut menyertai perhimpunan itu yang dilihat cuba memburuk-burukan kepimpinan negara. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis akan melaksanakan tugas mereka mengikut prosedur operasi standard.  

"Saya secara peribadi dan rasmi tidak akan campur tangan.

"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tindakan dilakukan mengikut undang-undang sedia ada," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmi dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-23, di sini, Sabtu. - Bernama


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan