SPRM Dijangka Panggil Guan Eng Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 9:15 AM

Penasihat undang-undang Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow bercakap pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri di Jalan Rangoon, Jumaat. -fotoCHAN BOON KAI/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng dijangka akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn, minggu depan.

Penasihat undang-undangnya, Gobind Singh Deo berkata pegawai SPRM telah menghubunginya pagi Jumaat.

Gobind berkata, SPRM memaklumkan kepada Guan Eng bahawa mereka sedang menjalankan siasatan dan memerlukan lebih banyak masa sebelum bertemu Guan Eng untuk merakamkan kenyataannya.

"Mereka minta dua atau tiga hari lagi. Kemungkinan Lim akan diminta memberi keterangan minggu depan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP negeri di Jalan Rangoon, Jumaat.

Sebelum itu, Gobind telah memberi taklimat kepada 25 pemimpin parti termasuk wakil rakyat, ahli-ahli jawatankuasa negeri, pemimpin sayap Wanita dan Pemuda mengenai isu itu.

Beliau berkata, mereka bersetuju bahawa Guan Eng tidak perlu berehat seketika daripada tugas ketua menteri sementara menunggu siasatan SPRM.

Gobind berkata akuan bersumpah oleh yang dibuat penjual rumah, Phang Li Koon adalah sah.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menyiasat Phang kerana didakwa membuat akuan bersumpah palsu selepas laporan polis dibuat terhadap beliau.
Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , isu banglo , SPRM , Gobind Singh Deo

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan