RM1 Bilion 'Lesap' Dalam Kes Penipuan Internet

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Percintaan dengan lelaki Afrika begitu mengasyikkan, sehingga wanita Malaysia sanggup menyerahkan sebanyak RM71 juta kepada sindiket 'Love Scam' tahun lepas walaupun dengan adanya laporan berterusan mengenai kes ini di media.

Mereka ini mendahului senarai mangsa yang kehilangan sejumlah RM1 bilion dalam kes penipuan dalam talian (online scam).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata penipuan oleh warga Afrika, termasuk 'penipuan bungkusan' dan 'penipuan cinta' (love scam) mencatatkan peningkatan ketara tahun lepas, walaupun jabatan itu telah mengadakan kempen dan liputan media mengenai modus operandi penipuan jenis ini.

Mortadza berkata terdapat sebanyak 14,627 kes penipuan dalam talian pada tahun lepas, di mana mangsa-mangsa kehilangan sejumlah RM1.09 bilion.

Pada tahun 2014, jabatan itu mencatatkan 11,931 kes dengan kerugian berjumlah RM816 juta.

"Ini memberi petunjuk kepada kita bahawa kes-kes tersebut mempunyai trend menaik. Ini disebabkan kemasukan penjenayah siber asing," katanya dalam satu temu bual sempena Hari Polis ke-209.

Mortadza berkata polis telah mencapai kemajuan dengan menangkap 610 penipu pada 2014 dan 417 pada tahun lepas.

Beliau berkata 90 peratus daripada mangsa penipuan Afrika adalah wanita.

"Antara wanita yang disasarkan mereka adalah wanita yang kesunyian, mudah diperdaya, yang mencari cinta dan mereka yang dilihat sebagai tamak," katanya.

Satu kajian yang dijalankan oleh Telenor Group, sebuah syarikat telekomunikasi multinasional Norway dengan operasi di Scandinavia, Eropah dan Asia, awal tahun ini mendapati bahawa Malaysia adalah negara yang paling terdedah kepada penipuan di internet.

Kajian penipuan internet ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai kes ini dengan melibatkan pengguna 400 yang berusia antara 18 dan 65 tahun, di empat negara - Malaysia, India, Singapura dan Thailand.

Malaysia mendahului senarai dengan 46 peratus daripada responden berkata mereka telah menjadi mangsa penipuan internet, diikuti oleh Thailand, 43 peratus.

Kira-kira 46 peratus daripada responden Malaysia, yang kesemuanya menyifatkan diri mereka sebagai pengguna internet dengan purata hampir 10 jam setiap hari berkata mereka  tahu tentang rakan atau ahli keluarga yang pernah ditipu dalam talian.

Kemasukan penjenayah siber tidak mengejutkan kerana negara ini telah menjadi hab multimedia di rantau ini.

"Penjenayah siber dapat masuk ke negara ini dengan menyamar sebagai pelajar. Dalam kebanyakan kes, pelaku jenayah jenayah warga asing ini menubuhkan pangkalan mereka di Malaysia," katanya.

Mortadza berkata walaupun JSJK tidak membantu Jabatan Imigresen dalam membuat pemilihan pelajar asing yang memohon visa, mereka yang ditahan akan dihantar ke Jabatan Imigresen di mana semua maklumat mereka akan direkodkan melalui sistem biometrik untuk menghalang mereka daripada memasuki negara ini lagi.

"Semua maklumat pencegahan jenayah siber boleh diperolehi melalui risalah, poster dan Facebook Polis Diraja Malaysia ," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan