Dulu Polis Olok-Olok, Kini Polis Beruniform

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 10:00 AM

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Ruslan Hassan melihat sijil kepujian yang diterima ASP Balan.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketika masih kecil, sekitar tahun 1970-an, A. Balan hanya mahu menjadi lelaki baik setiap kali dia dan rakan-rakannya bermain adegan 'polis dan pencuri' olok-olok.


Pengalaman memegang watak baik itu bersama kanak-kanak lain di sebuah ladang di Sunggala, Port Dickson, telah memberikan ilham buat dirinya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.

"Masa itu kami tak ada gajet. Oleh itu, kami akan berkumpul setiap petang untuk bermain 'polis dan pencuri'.

"Saya sentiasa jadi inspektor yang membawa pasukan saya pergi menangkap 'penjenayah' yang bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan getah.

"Sebagai inspektor, saya dipanggil tuan, dan peranan saya adalah untuk mengenal pasti tempat persembunyian 'penjenayah' dan membawa pasukan saya menangkap mereka," kata Balan, 55 tahun, yang kini memegang pangkat Asisten Superintendan.

Sempena sambutan Hari Polis pada Jumaat, Balan menerima pengiktirafan untuk kecekapan beliau memerangi jenayah di Ibu Pejabat Polis Melaka di Bukit Beruang di sini.

Balan berkata dia mula menyimpan cita-cita untuk menjadi polis sejak kecil dan memohon untuk menyertai pasukan itu selepas menamatkan pendidikan menengah.

"Ibu bapa tidak mampu menghantar saya ke pendidikan tinggi dan saya gembira apabila ditawarkan menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1982," katanya.

Balan berkata pegawai atasannya telah menggalakkan beliau untuk meneruskan pengajian semasa dalam perkhidmatan dan beliau telah menduduki beberapa peperiksaan sebelum dinaikkan pangkat inspektor pada tahun 1988.

Sejak itu, beliau telah berkhidmat di pelbagai jabatan termasuk narkotik, jenayah komersial, pentadbiran dan siasatan jenayah di Johor, Kelantan dan Selangor.

Beliau telah dinaikkan pangkat ASP pada tahun 2006 dan telah dihantar ke Melaka tiga tahun lalu dan kini bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah.

Balan berkata pasukan itu telah menjadi platform untuk beliau cemerlang dalam kerjayanya dan sering diberi ganjaran oleh pihak atasan jika berjaya menyelesaikan tugas-tugas dengan cekap.

"Bukan mudah bagi seorang anak penoreh getah untuk melangkah ke universiti dan saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan ini yang membuka pintu kepada saya untuk menjadi pegawai berpangkat tinggi," katanya.

Balan berkata beliau bangga kerana ketiga-tiga anaknya bergelar graduan dan tidak melalui penderitaan yang sama sepertinya.

Tags / Kata Kunci: Hari Polis , A. Balan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan