Pak Lah Harap Dapat Bantu Petronas Ke Peringkat Lebih Tinggi

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 8:31 AM

Tun Abdullah Ahmad Badawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baharu dilantik sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berharap dapat menyumbang dan membantu pengurusan Petronas bagi mencapai pencapaian lebih tinggi.

Abdullah dalam satu kenyataan berkata beliau amat menghargai pelantikan itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepercayaan yang diberi kepadanya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia di atas pelantikan saya sebagai Penasihat Petronas," katanya.

Kabinet pada Jumaat bersetuju dengan pelantikan Abdullah sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa 1 April ini menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lepas.

Mahathir ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas kerana kabinet berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan mempunyai kaitan dengan kerajaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan