Kisah 1MDB Boleh Diambil Iktibar - Arul Kanda

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 9:33 PM

Arul Kanda Kandasamy.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, terdapat pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada pengalaman syarikat itu.

Beliau merumuskan bahawa semua entiti harus lebih telus dalam pelaporan mereka, perlu mengurangkan hutang yang berlebihan dan risiko yang tinggi dalam pengurusan syarikat.

"Antara pengajaran yang boleh dipelajari daripada pengalaman 1MDB ialah penggunaan hutang yang berlebihan harus dikurangkan.

"Pengambilan beberapa projek yang begitu besar dan kompleks di bawah satu syarikat sahaja juga mungkin perlu dilihat kembali," katanya dalam rancangan temu bual 'Business Plus' terbitan stesen televisyen Astro Awani pada Sabtu.

Beliau berkata, syarikat milik kerajaan seperti 1MDB harus berkomunikasi secara berterusan, telus dan terbuka serta perlu menjawab isu yang berkaitan dari awal lagi, iaitu sejak tahun 2009, bukannya mulai 2015.

"Ini adalah apa yang kita boleh pelajari daripada apa yang telah berlaku pada 1MDB. Insyallah, dengan pengajaran tersebut, kami semua dapat mara ke hadapan," katanya.

Arul Kanda berkata, penjualan Edra Global Energy Bhd telah berjaya mengurangkan hutang 1MDB dan ia turut mempunyai lebihan tunai sebanyak RM2.3 bilion untuk meneruskan aktiviti berkaitan infrastruktur Tun Razak Exchange (TRX) dan membayar faedah untuk hutangnya yang lain.

Katanya, separuh daripada hutang 1MDB adalah dalam bentuk dolar AS dan jumlah hutang tersebut berubah mengikut kadar tukaran ringgit berbanding mata wang tersebut.

Beliau turut memetik laporan Moody's Investors Service baru-baru ini bahawa 1MDB tidak pernah menjadi isu sistemik kepada ekonomi negara.

"Selepas penjualan Edra Global Energy Bhd, isu tersebut semakin berkurangan. 

"1MDB hanyalah sebuah syarikat yang mengalami masalah perniagaan, yang telah dipolitikkan, tetapi ia telah mengambil langkah rasionalisasi untuk mengurangkan beban hutang dan mara ke hadapan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Arul Kanda Kandasamy

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan