Kerajaan Pusat Dan Negeri Seiring Bangunkan Malaysia Dan Sarawak - PM

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 2:15 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan warga Sibu pada majlis bersama warga emas, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SIBU: Sokongan kepada Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan terbaik kerana kerajaan pusat dan negeri bersama-sama membawa Malaysia dan Sarawak untuk terus membangun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perjalanan membangunkan negara pasti memerlukan masa yang agak panjang.

"Tidak boleh selesai dalam satu penggal dan kita sekarang dalam perjalanan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju.

"Ciri-ciri tersebut semua kita telah lihat sekarang," kata beliau, sambil mengulangi komitmen kerajaan pusat untuk terus membantu Sarawak membangun setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

"Ini kunjungan kali-48 saya ke Sarawak sejak menjadi perdana menteri.
Seperti kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, setiap kali saya datang, tidak dengan tangan kosong... pasti membawa bersama dana peruntukan untuk membantu Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Santai Bersama Warga Emas di sebuah hotel di sini hari ini, anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan dihadiri kira-kira 2,000 warga emas dari sekitar Sibu.

Ia merupakan program pertama lawatan kerja dua hari perdana menteri ke Sarawak bermula hari ini hingga esok.

Turut hadir Presiden Parti Rakyat Sarawak yang juga Menteri Kemajuan Tanah negeri Tan Sri James Jemut Masing, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan ADUN Nangka Dr Annuar Rapa'ee.

Najib berkata perubahan yang dilakukan BN dibuat secara teratur dan tersusun, jauh bertentangan dengan pembangkang yang inginkan perubahan drastik.
Justeru, katanya, Dr Annuar harus kekal diundi pada Pilihan Raya Negeri ke-11 kelak.

"Apabila saya terima nama Dr Annuar untuk mempertahankan kerusi DUN Nangka, saya sebagai Pengerusi BN 'endorsed' sepenuhnya. Pengundi DUN Nangka bertuah...
bukan senang untuk mendapat seorang wakil rakyat seorang doktor yang juga pakar kardiologi," katanya.

Mengulas lanjut, Najib turut memuji majlis tersebut yang diadakan khusus untuk melaporkan pencapaian Dr Annuar selama menjadi ADUN dan perancangan masa depannya.

"Kita dapat tengok 'report card' itu tentu kita lebih yakin...kita ada kerajaan pusat, kerajaan negeri dan wakil rakyat yang semuanya berhasrat untuk menolong, membantu membawa negara dan Sarawak ke arah keadaan yang lebih baik," katanya.
Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Najib Tun Razak , PBB

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan