Henti Terima Sumbangan Politik Asing - Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 6:19 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu parti politik berhenti menerima sumbangan daripada entiti asing, sambil menyuarakan kebimbangan perkara itu mungkin boleh menyebabkan mereka terikat dengan polisi luar.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Sabtu, bekas perdana menteri itu berkata, parti pemerintah perlu mengikuti tujuan pihak asing sekiranya ia mengambil sumbangan daripada mereka bagi memenangi pilihan raya.

"Pembiayaan politik asing perlu dihentikan, tetapi sumbangan tempatan adalah boleh. Bagaimanapun, jumlahnya tidak boleh terlalu tinggi.

"Semasa saya jadi perdana menteri, saya tidak terima lebih dari RM300 juta untuk sumbangan politik.

"Saya tidak ambil mana-mana wang daripada kerajaan asing, tidak juga daripada syarikat-syarikat asing," katanya.

Dr Mahathir berkata, badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan juga perlu berhenti menerima sumbangan asing, dengan mendakwa mereka dipergunakan untuk mencapai perubahan rejim di kebanyakan negara.

"NGO juga tidak sepatutnya terima sumbangan asing. Amerika Syarikat (AS) banyak bayar NGO untuk menjejaskan rejim di kebanyakan negara dan saya tahu mengenainya," dakwanya.

Tambahnya, sekiranya tindakan itu berterusan, ia hanya akan membawa kepada pertembungan antara dasar tempatan dan dasar-dasar entiti asing.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan