Cari Titik Persamaan Perkasakan Lagi Perpaduan Kaum - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 2:20 PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Perhimpunan Rukun Tetangga 1Malaysia 2016, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu berkata perpaduan kaum di negara ini perlu diperkasakan lagi mereka menerusi titik-titik persamaan masyarakat majmuk itu.

Beliau berkata perpaduan kaum bukanlah sekadar 'tempelan', tetapi diperkasakan menerusi hati dan pemikiran yang lebih terbuka.

"Soal perpaduan dan soal kejiranan bukan lagi sesuatu yang bersifat sementara seperti menyertai majlis keraian, hari sukan dan kenduri. Ia perlu disertai dengan hati dan pemikiran yang lebih terbuka," katanya pada majlis Perhimpunan Rukun Tetangga 1Malaysia 2016 di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Beliau berkata generasi baharu kini juga perlu dipupuk dan dididik dengan perasaan cinta dan menghormati semua kaum, bangsa dan agama.

"Saya harap agar dapat generasi baharu dapat digembleng untuk mewujudkan perpaduan. Sesuatu harus dilakukan dan perubahan secara holistik mesti diperkasakan agar perpaduan di negara ini dapat dikecapi," katanya.

Beliau berkata Rukun Tetangga juga perlu dijenamakan semula sebagai instrumen untuk memperkasakan perpaduan seiring dengan perkembangan semasa.

Katanya pengisian Rukun Tetangga perlu diubah dengan memberi penekanan terhadap aspek kepedulian dan bukan hanya tertumpu kepada interaksi semata-mata.

Turut hadir pada majlis perhimpunan berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan lebih 7,000 komuniti Rukun Tetangga dari seluruh negara.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan