1MDB Boleh Beri Pengajaran - Nazir Razak

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mac 2016 3:00 PM

Datuk Seri Nazir Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) boleh dijadikan sebagai pengajaran ketika negara ini sedang berkembang dan bergerak ke hadapan, kata Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Nazir berkata demikian ketika bercakap di Power Talks - Business Series yang diadakan di Menara Star dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Media Star, Datuk Fu Ah Kiow serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai pada Sabtu.

Beliau berkata, orang-orang yang bertanggungjawab melakukan sebarang salah laku seharusnya bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tiada siapa lagi yang berani melakukannya sekali lagi.

"Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya. Jumlah hutang adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya. Kedua, pada tahun 2009, 1MDB menerbitkan RM5 bilion bon ke atas pasaran modal tetapi tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenainya," kata Nazir menjawab soalan peserta dalam sesi soal-jawab.

Bagaimanapun, beliau menambah bon itu telah menunjukkan bahawa urusniaga tidak dinilai sewajarnya dan dikendalikan dengan cara yang sangat luar biasa.

"Oleh itu, pada tahun 2009, berdasarkan maklumat awam, saya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB," kata Nazir.

Tambahnya, terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga dan kebimbangan terhadap pertukaran juruaudit dan akaun yang tertangguh.

"Dari segi betapa besarnya salah laku, apa yang salah dan siapa yang melakukan kesalahan, itu adalah tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan tugas-tugas itu masih dalam proses," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Datuk Seri Nazir Razak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan