Serangan Brussels: MAHB Perketatkan Kawalan Keselamatan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 11:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengambil tindakan segera untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di lapangan terbang seluruh negara berikutan kejadian serangan bom di Lapangan Terbang Brussels Selasa lepas.

Jurucakap MAHB berkata langkah itu termasuk mengetatkan lagi kawalan dalam pengeluaran pas keselamatan lapangan terbang dan menambah kekerapan rondaan anggota keselamatan penerbangan.

"Kami juga menambah pemeriksaan terhadap semua pintu masuk dan meningkatkan keseluruhan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan melibatkan penumpang, barang dan petugas lapangan terbang," katanya.

Beliau berkata kerjasama antara MAHB dengan semua agensi dan pihak berkuasa berkenaanan juga ditingkatkan bagi memastikan tahap keselamatan di lapangan terbang berada pada paras paling tinggi.

Sekurang-kurangnya 34 orang maut dan 180 cedera dalam letupan bom di Lapangan Terbang Zaventem dan metro Maelbeek di Brussels pada Selasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan