Bolehkah Doktor Gigi Khir Toyo Guna Alasan Sama? - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 8:27 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas seorang Ahli Parlimen DAP yang menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mengetahui harga pasaran bagi banglonya kerana beliau seorang akauntan dan bukannya jurunilai hartanah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi beberapa kenyataannya di Twitter berkata, alasan yang digunakan oleh Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik bagi mempertahankan Guan Eng juga boleh diguna pakai oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

"Menurut Ahli Parlimen Tanjong, LGE (Lim Guan Eng) adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai.

"Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau seorang doktor gigi?," katanya di Twitter pada Jumaat.

Terdahulu, Wei Aik yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang mempertahankan Guan Eng dengan mendakwa Setiausaha Agung DAP itu tidak mengetahui nilai pasaran banglo yang dibelinya pada harga RM2.8 juta pada Julai tahun lalu kerana mempunyai latar belakang perakaunan dan bukannya jurunilai hartanah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan