Najib Lancar Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 8:01 PM

Pedana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) merasmikan kempen 'Go Green' pada Sambutan Hari Polis ke 209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jumaat. Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memandang serius jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini dan menjadi tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan lebih proaktif untuk menanganinya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, menyedari akan hakikat itu, jabatan baharu diwujudkan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengantikan Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik berkuat kuasa Jumaat, khas untuk penguatkuasaan trafik dan menangani kes kemalangan jalan raya. 

"Berdasarkan statistik PDRM, jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2015 mencatatkan jumlah yang amat tinggi, iaitu sebanyak 489,606 kes manakala jumlah kematian mencatat 6,706 kes daripada 6,193 jumlah kemalangan maut yang direkodkan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Polis Ke-209 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Jumaat.

Beliau berkata, PDRM juga akan mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi di Bukit Aman bermula 1 April ini yang berperanan untuk memerangi militan DAESH dan pengganas. 

Menurutnya, Malaysia bertuah berbanding beberapa negara lain dunia yang menerima ancaman pengganas dan ucapan tahniah harus diberikan kepada PDRM yang sentiasa komited dalam menjaga ketenteraman negara ini daripada sebarang ancaman pengganas. 

"Ancaman ini satu realiti yang kita tidak boleh pandang ringan, sambil lewa, kita perlu ketegasan, keberanian dan kesungguhan untuk menjaga dan menjamin Malaysia selamat dan rakyat boleh hidup dalam keadaan aman tenteram sepanjang masa," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan keluarga anggota PDRM dan akan berusaha menambah rumah-rumah untuk anggota di beberapa Kem PDRM di seluruh negara. 

Kerajaan, katanya, memandang serius masalah perumahan yang dihadapi dan akan melihat sebarang keperluan utama bagi menjaga kebajikan anggota PDRM mengikut bajet yang diperuntukkan kepada pasukan itu.  

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Sebelum itu, Zahid dan Khalid bersama-sama ribuan jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Solihin di Pulapol. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan