Seperti Donald Trump, Saya Tak Hipokrit - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 4:59 PM

Ibrahim Ali (kiri) dan Donald Trump.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau berbesar hati apabila disamakan dengan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump.

"Ia merupakan pengiktirafan yang tak dijangka dan saya mengalu-alukannya dengan hati terbuka.

"Ini juga bermakna bahawa saya berada pada standard yang sama dengan calon Presiden AS," katanya.

Terdahulu pada Jumaat, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan menyamakan Trump dengan Ibrahim.

Nur Jazlan pada majlis pelancaran program belia anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, beliau terkejut apabila Trump mendahului pencalonan presiden bagi Parti Republikan.

"Adalah mengejutkan apabila mereka memilih seseorang yang rasis dan bodoh sebagai calon presiden," kata Nur Jazlan dipetik sebagai berkata.

Ibrahim berkata, beliau sebenarnya mengagumi ahli perniagaan yang mahu menjadi ahli politik itu.

Ini kerana kedua-duanya berkongsi ciri-ciri dan sikap yang sama sebagai seorang yang lantang dan berterus-terang.

"Donald Trump bukan seorang yang hipokrit. Donald Trump berterus-terang, seperti Ibrahim Ali.

"Jadi, saya berterima kasih kepada Nur Jazlan yang secara jelas seorang yang bijak, kerana membuat kenyataan tersebut," kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Ibrahim mengetuai Perkasa, badan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan memperjuangkan demi bangsa dan agama.

Beliau turut didakwa kerana bersikap rasis kerana pandangannya yang lantang.

Sementara itu, Trump juga didakwa menggunakan isu perkauman dengan menyasarkan migran dan orang Islam bagi meraih populariti sepanjang kempennya.

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Ali , Donald Trump

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan