Guan Eng Adalah Akauntan, Bukan Penilai Hartanah - DAP

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP mempertahankan Lim Guan Eng berhubung harga pasaran rumah banglo miliknya, dengan menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai latar belakang perakaunan dan bukannya penilai hartanah.

"Bolehkah anda mengharapkan akauntan untuk menilai sebidang tanah mengikut harga pasaran? Tiada akauntan yang akan tahu tentang nilai tanah atau hartanah sebelum ia dinilai dengan betul oleh penilai berdaftar," kata Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata hanya seorang penilai yang dilantik oleh bank yang boleh menilai nilai hartanah dan bangunan sekiranya pembeli berhasrat untuk memohon pinjaman bank.

Tambahnya, duti setem juga akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas perjanjian jual beli ditandatangani.


"Bukan satu keperluan untuk Lim Guan Eng mengetahui nilai harga pasaran sebelum sesiapa sahaja boleh menjual hartanah kepadanya," katanya.

Wei Aik juga menuduh Barisan Nasional berterusan cuba untuk melemahkan integriti Guan Eng dan merampas kuasa DAP di Pulau Pinang.

"Serangan tidak henti-henti BN terhadap Lim Guan Eng adalah serupa dengan membunuh semut dengan tukul besi. Ia bukan lagi satu isu anti-rasuah yang mudah.

"Jentera propaganda BN menyasarkan untuk melemahkan integriti peribadi Lim Guan Eng serta merampas asas kuasa DAP di Pulau Pinang," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Umno terus membuat laporan kepada SPRM berhubung isu itu apabila suruhanjaya itu telah memulakan siasatan ke atasnya.

Setiausaha Agung DAP itu dan partinya telah mempertahankan diri atas dakwaan bahawa beliau membeli sebuah banglo berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn daripada ahli perniagaan Phang Li Koon di bawah nilai pasaran.

Beliau telah menafikan semua dakwaan itu dan membawa pemberita melawat ke rumahnya Ahad lepas.

Beliau mendakwa bahawa transaksi itu telah dilakukan secara rela hati di antara dirinya dengan penjual dan dia tidak mengetahui nilai hartanah itu.

Banglo itu dinilai dengan RM275 setiap kaki persegi manakala hartanah separuh saiz di kawasan yang berhampiran baru-baru ini bernilai lebih dari RM700 sekaki persegi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan