#APO2016: Chef Azli Gigih Edar Risalah Kempen

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 11:32 AM

Muhamad Danish membantu bapa saudaranya, Chef Azli mengedarkan risalah kempen APO2016 kepada guru dan rakan-rakannya di sekolah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang seminggu sebelum proses pencalonan bagi mencari senarai lima tertinggi untuk Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2106) berakhir, pelbagai ragam digunakan personaliti yang tercalon untuk meraih sokongan.

Bagi Chef Azli Razali (gambar), menyedari namanya kurang dikenali berbanding calon-calon lain dalam kategori Chef Selebriti Pilihan Online, beliau tetap meletakkan harapan yang tinggi untuk berada dalam senarai lima tertinggi.

Bagi merealisasikan impiannya, pensyarah Seni Kulinari di Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pulau Pinang itu gigih mengedarkan risalah kempen sempena APO2016.

"Dua tiga hari lepas seorang kawan mencadangkan sesuatu yang tak pernah saya buat. Dia mencadangkan supaya saya menyediakan risalah mengenai APO2016.

"Katanya tidak salah saya lakukan demikian bagi menarik orang ramai yang bukan dikalangan kenalan sendiri untuk mencalonkan saya. Lama juga saya fikir. Pedulikan orang nak cakap apa, bukannya selalu kerana ini kali pertama saya tercalon untuk majlis anugerah,” katanya kepada mStar Online.

Sejak Khamis, Chef Azli telah mengedarkan lebih 500 risalah yang mengandungi panduan dan langkah demi langkah bagi memudahkan orang ramai membuat pencalonan sama ada melalui laman web mahupun telefon pintar serta tablet.

Paling menarik apabila beliau turut menggunakan khidmat anak saudaranya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan untuk ‘berkempen' di kalangan guru dan rakan-rakannya.

Jelas Chef Azli, anak saudaranya, Muhamad Danish Norul Aizam, 12, juga begitu teruja untuk membantu beliau supaya tercalon dalam senarai lima tertinggi sempena APO2016.

Sebelum ini Chef Azli juga giat berkempen melalui media sosial sama ada Facebook mahupun Instagram bagi menggalakkan kenalannya membantu melayakkan beliau ke peringkat seterusnya.

“Berbanding calon lain, saya mungkin kurang dikenali. Jadi apa salahnya untuk berusaha lebih sedikit. APO2016 juga adalah medium untuk menaikkan nama saya dalam bidang yang saya masakan.

“Sebab itu saya cuba lakukan apa yang termampu selain berkempen melalui pelajar-pelajar saya di fakulti. Kalau dapat masuk top 5 pun saya dah bersyukur,” katanya.

APO2016 ketika ini masih melalui peringkat pencalonan awal yang perlu dibuat menerusi laman web http://apo.mstar.com.my/utama.aspx .

Acara ini dijayakan dengan kerjasama Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April depan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan