Bekalan Air Selangor Kritikal Mulai 2017 - MB

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2016 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor akan mengalami bekalan air kritikal untuk tempoh tiga tahun akan datang (2017-2019) susulan permintaan yang semakin tinggi, pertambahan penduduk dan kelewatan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 untuk disiapkan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan itu kerajaan negeri terpaksa membina dua LRA di Labohan Dagang dan Semenyih yang dijangka mula dibina pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada 2017.

"Projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada tahun 2017 dijangka berlaku kelewatan dan hanya siap dalam jangka waktu 2019. Maka tempoh 2017 hingga 2019 adalah tempoh yang kritikal kerana kelewatan Langat 2.

"Oleh itu kita tiada pilihan selain untuk membina dua LRA bagi menampung permintaan air dalam tempoh yang kritikal selain Projek Mitigasi 2 yang diserahkan hari ini. Diharap ini dapat membantu memenuhi permintaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan projek Bekalan Air Mitigasi 2 bernilai RM328 juta kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk diuruskan, di sini, Jumaat.

Projek di Matang Pagar Reservoir, Rawang melibatkan lapan pakej dengan sebahagian besarnya adalah untuk tujuan pengagihan air daripada LRA Sungai Selasa Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rasah.

Keseluruhan projek Mitigasi 2 itu akan dapat meningkatkan pengeluaran sebanyak 227 juta liter air sehari atau 227 mld.

Mohamed Azmin berkata penghijrahan penduduk khususnya yang didorong faktor peluang pekerjaan di negeri itu turut menyumbang peningkatan permintaan air di Selangor.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan juga melihat kepentingan untuk meningkatkan kempen kesedaran penggunaan air terawat dalam kalangan pengguna domestik di negeri itu bagi mengurangkan kadar pembaziran air.

Ini memandangkan Selangor adalah antara negeri yang mencatat penggunaan air terbanyak berbanding negeri lain.

"Kita lihat ada banyak pembaziran yang berlaku dan ianya bukan satu amalan yang sihat memandangkan kadar tarif air di Selangor masih di kadar yang rendah yang mampu dibayar. Jadi kita tidak mahu kadar yang rendah ini menyebabkan berlakunya pembaziran," katanya. 

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan