Suhakam Terima 'Status A' Daripada Badan Hak Asasi Manusia Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 3:07 PM

Datuk Dr Khaw Lake Tee

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah diiktiraf semula dengan status gred 'A' oleh Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Institusi-Institusi Nasional untuk Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC).

ICC menyampaikan perakuan akreditasi itu kepada Suhakam  pada mesyuarat tahunannya ke-29 di Geneva, Switzerland, pada Selasa.

Naib Pengerusi Suhakam dan wakil ke mesyuarat itu, Datuk Dr Khaw Lake Tee telah menerima perakuan tersebut.

Suhakam telah menjalani proses akreditasi semula pada bulan November 2015 dan dicadangkan status 'A' oleh Jawatankuasa Kecil Akreditasi ICC dan diterima oleh Biro ICC.

Status 'A' status ini diberikan kepada organisasi yang mematuhi Prinsip Paris berhubung status dan fungsi institusi negara bagi perlindungan dan mempromosi hak asasi manusia.

Dr Khaw berkata akreditasi semula itu merupakan satu pengiktirafan dan pengakuan terhadap sumbangannya kepada perlindungan dan promosi hak asasi manusia.

"Dengan akreditasi semula ini, suruhanjaya akan meneruskan mandat dan fungsinya untuk mempromosi, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia di negara ini dengan semangat dan keyakinan yang lebih besar, dengan objektif utamanya menjadikan hak asasi manusia dapat dinikmati seluruh rakyat di negara ini dengan kesaksamaan dan bukannya diskriminasi.

"Suruhanjaya juga akan terus mengambil bahagian dalam forum antarabangsa mengenai isu-isu hak asasi manusia, selaras dengan status 'A' nya," kata Dr Khaw dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tags / Kata Kunci: Suhakam , status A , Datuk Dr Khaw Lake Tee

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan