Suhakam Diakreditasi Semula Dengan Status 'A'

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 9:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diakreditasi semula dengan status 'A' oleh Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa (ICC) Institusi Kebangsaan bagi Penggalakan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia.

Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee menerima sijil penganugerahan akreditasi semula itu bagi pihak suruhanjaya tersebut pada Mesyarat ICC ke-29 di Geneva pada Selasa.

Dalam kenyataan hari ini, Khaw berkata Suhakam menjalani proses pengakreditasian semula pada November 2015 dan disyorkan Jawatankuasa Kecil ICC mengenai Akreditasi supaya diberi status 'A', yang kemudian diterima Biro ICC.

"Pengakreditasian semulanya sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) dengan status "A" untuk lima tahun lagi dari 2016 hingga 2020 merupakan suatu pengiktirafan dan perakuan oleh rakan setaranya mengenai sumbangannya dalam melindungi dan mempromosi hak asasi manusia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, berikutan pengakreditasian semula itu, Suhakam akan terus menunaikan mandat serta fungsinya untuk memupuk, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia di negara ini.

Ia akan dilaksanakan secara lebih giat dan bersemangat, dengan matlamat akhirnya untuk memastikan hak asasi manusia dinikmati semua pihak di negara ini dengan berlandaskan amalan kesaksamaan dan tidak bersifat menindas, kata beliau.

Menurut beliau, suruhanjaya itu juga akan terus mengambil bahagian dalam forum antarabangsa mengenai isu kemanusiaan.

Tags / Kata Kunci: Suhakam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan