Contohi Korea Selatan, Singapura Dalam Pembinaan Rumah Mampu Milik - BNM

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 11:20 AM

Dr Sukhdave Singh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mencontohi negara lain seperti Korea Selatan dan Singapura dalam membina lebih banyak rumah mampu milik untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Sukhdave Singh.

Beliau berkata di negara tersebut, sektor awam dan swasta bekerjasama dalam menyediakan rumah mampu milik.

"Komuniti perumahan perlu menyesuaikan dengan aliran dan kerajaan ternyata memainkan peranan dalam usaha untuk mewujudkan penawaran," katanya kepada pemberita pada persidangan anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini, Khamis.

Beliau berkata terdapat ketidaksepadanan dalam penawaran perumahan berikutan kebanyakan rumah yang memasuki pasaran adalah rumah mewah.

Bagaimanapun, katanya terdapat banyak permintaan untuk rumah mampu milik.

BNM, dalam Laporan Tahunan 2015 yang dikeluarkan semalam menganggarkan sebanyak 202,571 rumah baharu diperlukan setiap tahun dari 2016 hingga 2020, iaitu kira-kira 2.5 kali bilangan rumah yang dibina setiap tahun dalam tempoh lima tahun lepas.

Ia turut mencadangkan banyak pemaju perumahan mampu milik di negara ini perlu disatukan dan kerajaan juga perlu melihat kepada pasaran sewa kediaman.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan