Kerajaan Sembah Taklimat RUU MKN Kepada Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat sembah taklimat sekali lagi kepada Majlis Raja-raja berhubung Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada masa ini, Jabatan Peguam Negara, MKN dan Jabatan Perdana Menteri sedang menyediakan peraturan-peraturan di bawah Fasal 42 RUU itu yang akan mengambil kira pandangan Majlis Raja-raja.

"Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali), MKN dan JPM telah memberikan sembah taklimat kepada mesyuarat Majlis Raja-raja pada 16 Februari lepas mengenai RUU MKN 2015.

"Majlis Raja-raja telah ambil maklum dan minta RUU itu diperhalusi dan mewujudkan semak dan imbang bagi kestabilan dan keuntungan negara," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

RUU MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan, telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lepas dan kemudian diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember.

Shahidan menjelaskan mekanisme semak dan imbang diperuntukkan dalam RUU itu bagi beberapa perkara termasuk mengenai pengisytiharan kawasan keselamatan yang perlu dibentangkan di Parlimen dengan seberapa segera.

Mengenai dakwaan bahawa RUU itu akan menghakis kuasa Majlis Raja-raja, beliau berkata ia tidak memberi kesan langsung kepada keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Majlis Raja-raja.

"Kuasa, kedudukan dan kedaulatan Majlis Raja-raja masih kekal seperti yang diperuntuk di bawah Perlembagaan Malaysia. Rang undang-undang ini hanya untuk mengukuhkan mekanisme pengurusan keselamatan negara dalam menghadapi ancaman keselamatan negara yang semakin dinamik dan kompleks.

"Ia saling melengkapi dan mengukuhkan perundangan sedia ada... ia juga bertujuan meningkatkan perkongsian maklumat dan risikan antara entiti kerajaan dan pengisytiharan kawasan keselamatan," jelas beliau.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan