Kenderaan Rasmi Kerajaan Lebih Had Laju Tidak Disaman - Nur Jazlan - Berita Semasa | mStar

Kenderaan Rasmi Kerajaan Lebih Had Laju Tidak Disaman - Nur Jazlan

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenderaan rasmi kerajaan yang dipandu melebihi had laju ketika digunakan untuk urusan rasmi kerajaan tidak dikenakan saman, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menjelaskan jika terdapat keperluan untuk kereta rasmi kerajaan bergerak laju atas urusan rasmi kerajaan, perkara itu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Terdapat pengecualian ... ia kesalahan yang boleh dimaafkan kerana urusan rasmi kerajaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata sebaliknya jika saman dikeluarkan atas kapasiti peribadi pemandu atau pemilik kereta rasmi kerajaan itu, mereka perlu membayar sendiri saman itu.

"Jika saman dikeluarkan kepada saya kerana memandu melebihi had laju, saya kena bayar sendiri," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan