"Saya Diarah Keluar Kerana Pertahan Peraturan Mesyuarat" - Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 11:13 AM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa arahan keluar dewan pada Rabu menunjukkan bahawa perbahasan di Dewan Rakyat tidak dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Mesyuarat.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, adalah sesuatu yang mengecewakan apabila Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said boleh membenarkan penggunaan perkataan 'bohong' di parlimen.

"Keputusan telah dibuat pada tahun 1986 bahawa sesiapa sahaja tidak boleh menggunakannya di parlimen.

"Sesiapa yang menggunakan perkataan ini dan tidak menarik balik perlu diperintah keluar, tetapi kali ini orang yang cuba untuk mempertahankan Peraturan Mesyuarat adalah orang yang dikeluarkan," katanya.

Ismail telah memutuskan bahawa Datuk Abdul Rahman Dahlan Abdul (BN-Kota Belud), menggunakan perkataan 'bohong', merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Guan Eng dan tidak ditujukan kepada beliau secara peribadi.

Guan Eng yang bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, mendakwa ini adalah kali pertama seorang ahli Parlimen dikeluarkan kerana mempertahankan peraturan mesyuarat.

"Beliau (Abdul Rahman) tidak bercakap mengenai fakta. Apa yang beliau katakan adalah 'orang yang berbohong adalah 'Bagan'.

"Apabila saya yang diarahkan keluar, ia adalah satu petunjuk bahawa seluruh perbahasan tidak dijalankan mengikut Peraturan Mesyuarat," kata Guan Eng.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan