Ecxo Negeri Cabar Wakil BN Isytihar Aset

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 1:46 PM

Jagdeep Singh Deo

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Exco negeri Jagdeep Singh Deo mencabar wakil Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan aset mereka ekoran kontroversi berterusan ke atas pembelian rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan itu berkata beliau membuat cabaran itu setelah melihat situasi itu kini yang menjadi 'kontroversi besar'.


"Kita harus ingat bahawa terdapat dakwaan-dakwaan utama melibatkan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)yang masih tidak dapat diselesaikan.

"Isu-isu serius ini tidak sepatutnya dibelenggu dakwaan yang belum disahkan terhadap Ketua Menteri. Diharapkan siasatan dapat dijalankan segera bagi Lim membersihkan nama baiknya.

"Tidak dapat dinafikan hakikat bahawa pembelian itu berlaku.

"Oleh kerana isu ini sekarang mempunyai kaitan dengan ketelusan, saya dengan ini mencabar semua wakil BN untuk sama mengisytiharkan aset dan harta mereka seperti yang telah dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan dalam masa 48 jam akan datang," kata Jagdeep pada sidang akhbar.

Jagdeep berkata semua wakil rakyat Pakatan Harapan dan DAP di Pulau Pinang secara terbuka telah mengisytiharkan aset mereka.

"Amalan ini dilaksanakan selepas pilihan raya umum 2008 di mana ketua menteri dan semua anggota exco Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka," katanya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendakwa di Parlimen bahawa banglo Guan Eng di Jalan Pinhorn dibeli di bawah harga pasaran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan