DAP Adakan Mesyuarat Tergempar Esok

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 2:05 PM

Lim Guan Eng dijangka akan memberi taklimat dalam mesyuarat tergempar malam ini berhubung kontroversi pembelian banglonya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: DAP Pulau Pinang akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Jumaat berhubung krisis pembelian banglo melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Semua ahli Parlimen dan wakil rakyat DAP serta ahli jawatankuasa parti negeri telah dimaklumkan untuk menghadiri mesyuarat itu di mana mereka akan diberi taklimat mengenai bagaimana untuk menangani isu ini oleh Guan Eng serta ketua penasihat undang-undang parti, Gobind Singh Deo.

Sumber berkata, kedua-dua mereka mungkin akan meletakkan garis panduan mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dikatakan dalam isu banglo yang telah mendominasi tajuk berita pada masa kini.

Mesyuarat pada esok pada asalnya dijadualkan diadakan pada malam ini.

Pemimpin parti ragu-ragu dan tidak pasti bagaimana untuk bertindak balas atau mempertahankan setiausaha agung mereka sejak isu itu meletus pada Khamis lepas di Parlimen.

Guan Eng dan partinya telah mempertahankan diri atas dakwaan bahawa beliau telah membeli banglo dengan harga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn daripada ahli perniagaan Phang Li Koon di bawah nilai pasaran.

Beliau telah menafikan semua dakwaan itu dan telah membawa pemberita melawat ke rumahnya, Ahad lepas.

Beliau mendakwa bahawa transaksi itu telah dilakukan secara rela hati antara dirinya dan pembeli dan beliau tidak mengetahui tentang nilai hartanah itu.

Phang juga telah mengeluarkan surat sumpah menafikan sebarang salah laku dan mendakwa bahawa dia juga tidak memeriksa nilai hartanah pada masa transaksi.

Guan Eng, yang juga ahli Parlimen Bagan, berada di Parlimen pada Rabu, selepas memendekkan lawatan rasmi ke Hainan dan Guangzhou.


Beliau sepatutnya dijangka pulang pada Jumaat dan seluruh delegasi dikatakan masih berada di China.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah pergi ke kompleks kerajaan negeri di Komtar dua hari lepas di mana pegawai-pegawainya dipercayai telah menemuramah Setiausaha Kerajaan Negeri.

Difahamkan, mesyuarat malam ini diputuskan lewat malam tadi selepas berlaku pertelingkahan di Parlimen antara ahli-ahli Parlimen DAP dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyaksikan Guang Eng dan seorang lagi ahli Parlimen diarah keluar Dewan.

Ketika mereka di luar dewan, Rahman mendedahkan satu lagi tuduhan baru rasuah mengenai kontroversi tanah di Taman Manggis, Georgetown.


Gobind kemudian mencadangkan bahawa mesyuarat perlu diadakan untuk memberi panduan kepada pemimpin DAP Pulau Pinang tentang bagaimana untuk menangani krisis itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan