Cat Penstensilan Pada Serpihan Sepadan MH370 - Tiong Lai

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2016 12:46 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan ke atas serpihan itu yang dijalankan oleh Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di pusat kemudahan di Canberra, Australia sejak 21 Mac, selesai pada Rabu.

Pemeriksaan dan analisis yang dijalankan ke atas serpihan itu dikendalikan oleh pakar antarabangsa daripada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia bagi MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Boeing, katanya.

Tiong Lai berkata Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia menyatakan dimensi, bahan dan pembinaan kedua-dua bahagian itu sama dengan spesifikasi pesawat Boeing 777 dan cat penstensilan di kedua-dua bahagian sepadan dengan yang digunakan oleh Malaysia Airlines.

"Sehubungan itu, kedua-dua bahagian itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan hampir pasti adalah dari MH370," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan